Khasiat Surat Yasin
KHASIAT SURAT YASIN..
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” yaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10.Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11.Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin,
nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran
sebanyak 10 kali.”
12.Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila
datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari,
turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa
dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya
dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
13.Malaikat
Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin
sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke
dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya
diambil.
14.Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa
bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat
pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap
huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima
suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang
daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia
adalah orang-orang yang munafik.
Begitu banyak khasiat dan
kebaikan yang bakal kita perolehi melalui bacaan surah Yasin, seperti
yang telah disebut seperti di atas Yasin umpama hati kepada al-Quran.
Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang
pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita mendekatkan diri kita
kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan Yasin. InsyaAllah
wallahu alam bissawab
No comments:
Post a Comment