Tuesday, 4 August 2015

sepuluh wasiat imam syafi'i

10 Wasiat Imam Syafi'i Sebelum Wafat
Sebelum Imam Syafi'i pulang ke
rahmatullah, beliau sempat
berwasiat kepada para
muridnya dan ummat Islam
seluruhnya.
kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin
meninggalkan dunia dalam
keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan
sepuluh perkara."

1. HAK KEPADA DIRI Mengurangi
tidur, mengurangi makan,
mengurangi percakapan (yang
tidak bermanfaat) dan
menerima dengan ikhlas
dengan rezeki yang ada.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqadhakan kewajiban-
kewaj iban yang tertinggal,
mendapatkan kemaafan dari
orang yang kita zalimi,
membuat persediaan untuk
mati dan merasa cinta kepada
Allah.

3. HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat suka
menabur fitnah, membuang
tabiat kencing merata-rata,
memperbanyakkan shalat
Tahajjud dan membantu orang
yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN
NAKIR Tidak berdusta, berkata
benar, meninggalkan maksiat
dan nasihat menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN (NERACA
TIMBANGAN AMAL PADA HARI
KIAMAT) Menahan kemarahan,
banyak berzikir,
mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung
kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRATH (TITIAN
YANG MERENTANGI NERAKA
PADA HARI AKHIRAT)
Membuang tabiat suka
mengumpat, bersikap warak,
suka membantu orang
beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALAIKAT MALIK
(PENJAGA NERAKA) Menangis
lantaran takut kepada Allah
SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa bersedekah secara
terang-terangan serta
sembunyi dan memperelok
akhlak.

8. HAK KEPADA MALAIKAT
RIDHWAN (PENJAGA SYURGA)
Berasa ridha dengan Qadha'
Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur atas nikmat Allah
dan bertaubat dari melakukan
maksiat.

9. HAK KEPADA NABI
MUHAMMAD SAW Bershalawat
atas baginda, berpegang
dengan syariat bergantung
kepada As-Sunnah (Hadits),
menyayangi para sahabat dan
berlomba-lomba dalam
mencari keridhaan Allah.

10. HAK KEPADA ALLAH SWT
Mengajak manusia ke arah
kebaikan, mencegah manusia
dari kemungkaran, menyukai
ketaatan dan membenci
kemaksiatan.

No comments:

Post a Comment